Slider

8.30.2013

Checklist Majlis Tunang ♥

Dah tinggal berapa hari je lagi baru nak buat checklist kan! Pandaiiiiiiiiii! Tapi ada la draft for the checklist guna slideshow sebab malas nak buat kat buku. Hohoho. Sebab kalau buat kat buku, confirm nak kena keluarkan semua tools scrapbook. Ini la masalah perfectionist. Haihh!

Okay first, yang penting dulu!

Tema: Pink & putih
Date: Ahem ahem.
Tempat: Rumah.

1. Jurucakap 
  - Pak Anjang

2. Make Up Artist 
  - Along Sponsor! Thank youu! Muah muah!

3. Videographer 
    - Aiman

4. Photographer 
     - Belum ada. Tak ambil kot. Video lagi penting. Ada siapa-siapa nak sponsor?!

5. Pelamin 
     - Got a great deal from Your DIY project supplies

6. Decoration (50% done)
     - Semua DIY.

7. Photobooth props 
      - DIY juga.

8. Door gift 
       - Belum decide.

9. Catering 
      - Ibu sponsor.

10. Meja & kerusi 
      - Ibu sponsor

11. BAJU TUNANG 
       - TAK CARI LAGI!! Entah apa-apa laa. Nak tunang ke tak nak ni?

12. Storyboard untuk video 
      - Ini yang susah bila dah belajar filem ni. Ikutkan nak shoot sendiri je.

13. Hias bilik 
      - Perlu ke? Tak apa lah.. Hias je lah untuk ambil2 gambar.

14. Flower Bouquet 
      - DIY juga!

HANTARAN UNTUK PIHAK LELAKI

1. Sireh Junjung - DIY 
2. Bunga rampai - DIY 
3. Cupcake - DIY 
4. Buah - DIY (50% done)
5. Chocolate  
6. Kasut  
7. Baju  
8. Set perfume 
9. Wallet + belt  

Dulang & hiasan = DIY by me.  

Mak aihhhhhhhhhhhhhhhhh... Satu je done setekat ni (30/8)?! Mati ler aku! Hari ni baru nak pergi shopping semua barang-barang hantaran. Kerja gila kan kitorang ni?

HANTARAN UNTUK PIHAK PEREMPUAN

1. Sireh Junjung 
2. Bunga rampai 
3. Cincin - Hari ni beli   
4. Telekung 
5. Beg & Kasut 
6. Cake 
7. Set Bodyshop 

Dulang & hiasan = Tempah 


Okay lah. I will update more soon! Nak keluar pergi beli cincin and barang-barang hantaran!!!!

Sambil blog entry ni sambil dengar lagu ni.

8.26.2013

Counting Days

Lagi berapa hari je tinggal untuk gelarkan dia sebagai "bakal tunang". Lepas ni gelaran dia bertukar lagi jadi, "tunang". Lepas tu...?? "Bakal suami".

Sebenarnya tak panggil dia bakal tunang pon. Sebab macam tak percaya lagi.. Betul ke??? Ke mimpi je?? Ohmy!

I'm getting engaged to Danial Afiq. Budak selenga dalam kelas 1 Kristal. Padahal masa tu tak selalu bertegur pon. Rasa kelakar pon ada bila cuba bayangkan, masa form 1 tu dah tau yang dia bakal jadi tunang aku, insyaAllah imam aku.

Serious tak boleh bayangkan! Tak sah kalau tak gelak guling-guling. Tapi jodoh kan rahsia Allah. Siapa sangka, kan? :)

Okay.. for the first time ever.. I'm going to introduce him as..

Bakal tunang saya :)

8.22.2013

My Best Friend, My Mentor.

1146644_574149572626060_1129753948_n

I can't believe he's married now. Wow. Rasa macam baru semalam kenal dia kat SEGi. Berlakon dengan dia for our friend's first stop motion music video (dia tak publish pon!). Time tu first time kenal dia.. dan lepas tu dia tolong assignment stop motion aku lak.



First video evahhhhhh. Sorry la sebab tersangat noob. Bila tengok balik.. rasa nak terjun bangunan pon ada. Tapi sebab video ni, I got 2 awesome best friends. One of them is Aqif.

He has nothing back then. Everyday dia akan cakap, impian dia, target dia, dia nak jadi jutawan muda sebelum dia 30. I am so proud of him.. sebab dia dah berjaya pon capai target dia.. in less than 3 years!

Walaupun aku study kat SEGi, tak bermakna lifestyle aku akan terikut2 student kat sana. I know where I stand. Instead of banyak bazir masa pergi enjoy sana sini.. aku banyak habis masa lepak dengan Aqif & sorang lagi tu. We only talk about our future.

Aqif was the only one who believed in me and never gave up on me even when I didn't believe in myself. No matter how many times I failed, I fucked up bad.. He was always there to pull me up and push me forward. Dia percaya aku akan berjaya dan aku percaya dia akan jumpa jodoh yang terbaik. And he did! :D

Masa tengok dia kat atas pelamin tu rasa macam tak percaya.. Rasa sayu pon ada. He's a married man! Yelah dia kawan baik pertama yang kahwin.. Memang terasa laa kann.. Lepas ni makin ramai kawan-kawan aku yang akan naik pelamin. Kena la get used to this!

Masa aku pon tak lama lagi insyAllah..

8.13.2013

I'm Officially T.A.K.E.N

20130811_181405_10391

Alhamdulillah, pada 11 Ogos yang lepas, aku sudah dirisik oleh keluarga Afiq. Semuanya berjalan lancar pada hari tu walaupun hampir tunda atas sebab tertentu. Tapi ternyata Allah lebih mengetahui. Apa-apa pon.. memang aku & Afiq buat kerja gila bila kitorang beli cincin pagi sebelum merisik tu! Hahaha. Yelah sebelum ni asyik busy je dengan persiapan raya & beraya. Padan muka sendiri sebab tak nak beli awal-awal.

  Camera 360
Mula-mula pergi ke tempat paling dekat dulu.. Giant. Sebab ingatkan situ ada Wah Chan. Yelah Wah Chan kan banyak gila promotion. Tapi pergi Tomei je. Ingatkan aku tersilap.. Rupanya memang ada 2 kat situ. -___- Sampai ke bandar Zombie kitorang round (Klang). Tak jumpa yang berkenan di hati. Cerewet gila heheheeheeeee.. On the way ke Federal Highway nak ke Subang Jaya, baru teringat kat Tesco ada. Afiq pon kata, singgah situ kejap lah. Kalau tak ada baru patah balik ke Subang. And there, I fell in love with this one ring.. Harga pon tak mahal mana.. So boleh jimat untuk cincin tunang nanti :D

Balik rumah dah pukul 12. Rushing gila sebab rumah pon tak kemas lagi, pinggan mangkuk tak lap lagi.. masak ponnnn belum! Aaaaaaaaaahhh! Sempat ke ni???? Pukul 3 dorang nak datang dah!!! Bertungkus lumus nak siapkan semua benda.. Itu pon nasib baik ibu yang masak.. Tapi start pon pukul 5. Semua lambat. Kitorang pon baru siap semua benda.

Masa nak tunggu pihak lelaki datang.. nervous dia jangan cakap lah. Bukannya tak kenal pon family dia.. selalu sangat dah jumpa. Tapi still nervous sampai tak senang duduk. Ke hulu ke hilir. Masuk bilik - keluar bilik. Duduk, bangun, duduk, bangun.. Macam orang tak betul pon ada. Perasaan tak sabar, takut, happy, excited, nervous.. Semua bercampur lah! Dengar tapak kaki kat luar je, terus gugur jantung kat lantai. Jangan cakap bila loceng berbunyi.. tak jumpa dah mana jantung tu berguling. Itu baru merisik! Macam mana bertunang nanti??? Nikah lak? Aaaaa tak nak cakap la cam mana!

20130811_174524

Dalam gambar ni nampak cool je kan? Padahal nak tuang air tu pon dah menggigil dah tu. Peluh jangan cakap macam mana. Nervous bukan main! Tak tau la aku nervous dengan family dia ke.. dengan pakcik sendiri.

Camera 360

Camera 360
Buah tangan dari pihak lelaki :) Buah & kek kopi+choc dengan cincin yang baru beli pagi tadi.
Shhhhhhh!

Camera 360
Dari pihak perempuan. Balas kuih raya yang baru buat sendiri semalamnya! HAHA. Semua last minute.

video

Tarikh majlis pertunangan dah ditetapkan tetapi terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu. Semoga semua berjalan lancar. Dan semoga aku rajin nak update blog. Aminnnnnn...

Apabila si gila si gila tersayang datang rumah malam tu..

IMG-20130811-WA0045

IMG-20130811-WA0020

IMG-20130811-WA0046

IMG-20130811-WA0049

IMG-20130811-WA0054