Slider

10.24.2014

Rotten Apple

My life just gets tougher. But so am I.

I've learned today that people will only respect you depends on how much money you have. That nowadays, people no longer respect you who you are, for your effort, for your generosity, for your ambitions and for your good deed.

People only respect money.

If you're down on your knees, you will be surprised of how many people will pretend that you don't exist. They will just leave you. People you thought will have your back.. Well, they're gonna turn their head and just walk away. Don't be surprised if they're someone you grew up with together.

You will also be grateful to know who stays. Who were there to pull you up. They may also be someone you just met.

I've always hold on to this..

God knows best. He will take away what's bad for you, and will give what's best for you.

If this is what I have to go trough to reach my goals, so be it. Bring it on. Ro

10.22.2014

Changes

I used to fear change. I hate it.

But I cannot run away from it. I feel like I was being strapped down in a chair, forced to watch my life change. Forced to accept it. There's no way out. And I am marching forward to unknown future. Because I didn't get options to choose.

I had to adapt.

When Ibu fell ill.. Honestly, I couldn't accept it. Why does it has to be me? Why us? Why Ibu? Why...?? Just whyyy???

I still remember that night clearly.. I couldn't close my eyes for even 1 minute.

Please not my biggest fear..
Please..
I had already lost too many people that I love, that I need.
Please not her.


Please......


Alhamdulillah it wasn't her time yet. I still get to hug her, to kiss her, to hold her. The doctor said she was lucky.

I only have her in my life. I don't wanna lose her. I pray hard everyday that I wanna die together with her since I was little, that I don't wanna live a life without her.

I wasn't completely recovered from depression that I'm going through. Who can recover anyway? I'd go crazy the second she goes away. She is my everything.

She's not the same. Well, yeah obviously physically. I don't mind that.
But she's not herself anymore. And that's the part that make my life changed completely.

I had to work extra hard. I had to double my hard work to run my business. To support her. To pay all her 1xx,xxx debt. She couldn't work. And I didn't have a job. Only running a small business. I was just starting.

She was in the hospital for 1 month and it's time for her to come home. I was a mess. We were a mess. I couldn't support her.. We had to go Melaka every week for 3 days 2 nights for her alternative treatment. She had no saving.. And I am running out of money. We were completely broke and I almost broke down.

Allah won't give what we can't handle, right?

My auntie offered to look after her while I sort everything out. It was really hard!! I was struggling really hard. I am lucky that Afiq's parents was very generous and took a really good care of me. And I am lucky to have Afiq. Alhamdulillah..

I didn't keep in touch with my friends. I didn't have time. And they left me.

I was having a really tough time for few months. I am still struggling now. But Alhamdulillah I can take ibu back from Segamat but I had to send ibu to nursing home. I want her here with me. At least I can visit her every week with 1 hour driving distance.

People talk.

Of course they do.

When Ibu were in Segamat, they said that I am anak derhaka.
When I took ibu back, they said I kidnapped her.

LOL. Yes. They used that term. And still say I'm anak derhaka. Funny isn't it?

But I don't care what they say. As long as Allah knows that I am just trying to do the best for her. To give the best for her. As long as she knows. I fear Allah, not people.

Only Allah can judge me.

The fee for the nursing home is expensive. It is for me.. I am struggling with my life. I am 23 years old but the weight on my shoulder is excessively heavy. It's overwhelming!

People keep bashing me, bullying me.. Just because I don't have anyone to back me up. I don't have a father. I don't have siblings. I only have myself and my fiance. But he's not my husband yet so he can't really help much.

Before.. I couldn't spend a week apart from her. I couldn't do anything without her. I need her. Now I have to live apart from her, I have to survive on my own. Survive for her.

And since March 2014, I had to do everything on my own. I had to work extra hard. I had to earn extra money for everything. I want to give her everything!!

My life completely changed. I've learned a lot these past few months and I've learned about people. It got me more mature and stronger. I did make wrong decisions at times. But I am still learning and improving.

I can't believe it myself that I've made it this far.

I am not perfect. I can never be perfect.
I can only try and give my best.

9.02.2014

Bury Me With Books

I have a confession to make..

I'm a book addict. 

Dan sejujurnya, kenapa aku ingin mengejar kebebasan masa & duit sebelum 30, adalah supaya aku dapat luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk membaca. Terlalu banyak buku dalam dunia ni, tapi waktu terlalu singkat.

Okay la yang tu tak berapa nak jujur. Ada sebab lain selain buku. Game. Tapi takkan la dah 30 masih nak main game kot? Mungkin? Apa yang pasti, nafsu untuk buku adalah selamanya.

Lama aku tak meluahkan rasa dalam bahasa ibunda. Bertahun juga aku tinggalkan tabiat aku yang wajib menulis setiap hari, setiap jam. Cikgu sibuk membebel kat depan, melukis periodic table, aku sibuk melukis rasa dalam perkataan.

Empat kelas je yang mampu buat aku fokus. Bahasa melayu, bahasa inggeris, ICT (komputer wehhh mestilah fokus) dan matematik. Sebab tu sampai sekarang aku keliru aku ni otak mana? Bahasa vs matematik? Masa form 4 pon, cikgu campak aku ke kelas akaun tapi aku minta tukar. Bila aku harus membuat pilihan untuk sambung belajar, aku pilih Video & animation. Kerana cita-cita konon nak jadi penulis skrip. Tak dapat jadi penulis skrip, direktor pon okay! Haha. Senang cerita, sebab aku nak cerita-cerita yang bermain dalam fikiran aku ni, ditulis & dirakam. Tapi dalam hati, rasa menyesal tak ambil business studies.

Pom pam pom pam, last last business jalan hidup aku & gaya hidupku.

Aku mula jatuh cinta dengan perkataan sejak di sekolah rendah. Darjah 4 dah mula menulis diari yang entah apa-apa. Sebab tangan ni tak boleh kalau tak pegang pensil. Darjah 6, dah mula berjinak dengan komputer & puisi. Kat sekolah dulu pon, semua cikgu paksa aku bercerita. Masuk story telling la, choral speaking la.. dan pernah jadi konduktor untuk choral speaking. Aku sendiri macam tak percaya!

Sekolah menengah pula, cikgu paksa masuk pertandingan sajak. Sebab hasil tulisan aku la kot? Tapi sayangnya aku tak pandai bercakap. Kahkahkah. Tulis bolehlah, cikgu. 

Homework yang semua orang benci, jadi homework kegemaran aku dan mesti siap terus kat sekolah. Tak sempat tunggu balik sekolah! Homework apa? Karangan. Semua jenis karangan. Tak kisah karangan apa-apa pun. 

Tapi, sekarang hampir 5 tahun aku berhenti menulis. Kenapa? Macam mana? Aku sendiri tak pasti.
Mungkin sebab depression?

Antara dua simtom kemurungan adalah hilang minat pada benda yang kita suka, dan kesukaran membaca. Buku yang aku susah nak habiskan baca dulu pernah ambil masa sehari je untuk aku habiskan. Makin lama, aku makin jauh.. jauh dengan buku, jauh dengan microsoft words, jauh dengan blog, jauh dengan pen & diari.
 
Kalau dulu, satu hari pasti ada sekurang-kurangnya satu puisi. Sekarang? Setahun pon belum tentu ada satu puisi. 

Diari pon aku tak mampu nak tulis. Apa yang aku mampu waktu itu hanyalah baring dan merenung kipas. Memandang kipas seolah-olah ia boleh bertukar menjadi time machine dan bawa aku kembali ke masa-masa tertentu. Dan main game 24/7 sehingga lupa apa itu "real life". Sampai lupa bahang matahari sebab waktu kehidupan aku sudah terbalik.

Dan bersama dengan orang yang suppress me instead of bringing out the best in me. Membuatkan aku hilang keyakinan dengan diri sendiri, dan semakin jauh dari diri sendiri. Aku hampir tak kenal dengan diri aku sendiri. Hari-hari aku rindukan diri aku yang sebenar.

Tapi sekarang, perlahan-lahan semua datang. Semakin hari, aku semakin mengenali diri. Semakin hari, aku jadi semakin tak keruan jika aku tak dapat menaip ataupun menulis. Dan semakin bertambah koleksi buku. Kalau dulu, aku geli nak beli buku melayu kecuali hasil tulisan orang-orang lama. Sekarang, aku masih geli. Cuma aku dah jumpa ramai penulis-penulis yang lain daripada penulis typical yang berjaya curi hati aku balik untuk baca novel-novel melayu. 

Ha macam-macam jenis buku ada. Marketing, puisi & novel.
Ini buku yang kat atas meja je.


Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya 1 jam sehari walau dalam kesibukan aku dengan Lovette yang semakin berkembang. Syukur.. Dan aku akan curi masa sebanyak mungkin untuk membaca. Tak kiralah novel, cerpen, puisi ataupun ilmu marketing.


Aku kembali "ghairah" untuk menulis. Semoga blog ni hidup balik walaupun semua entry lama dah private. 

8.24.2014

Falling Deeper

I need help.. ;(

I don't wanna fall back into depression.

Help me...

7.11.2014

Alhamdulillah

Setelah beberapa malam tak dapat tidur, bergelut dan bergaduh dengan diri sendiri tentang perasaan takut yang hadir, sedangkan aku patut lebih takut kepada Pencipta. Syukur, akhirnya aku diberi hidayah yang diminta setiap hari dalam doa.

Aku tekad,

Untuk berhijab.


9 July '14

Orang pertama yang tau tentang hasrat aku adalah my twin, Farhana. Sebenarnya masa teman dia shopping hari tu aku dah mula tanya sikit-sikit. Dah mula cakap yang aku nak berhijab tapi aku takut tak bersedia. Tak sampai sebulan kot rasanya. Banyak pesanan & tips yang dia bagi. Menghilangkan saki-baki kecelaruan yang ada.

Apa yang buat aku betul-betul tersentuh dengan apa yang dia cakap, adalah part dia cakap aku sangat bertuah kerana diberi hidayah. Tak semua orang dapat hidayah. Betul tu. Bila diingatkan balik, bertahun aku dah pasang niat untuk berhijab. Dan hari-hari aku doa untuk diberikan hidayah. Tapi kenapa bila hidayah Allah datang mengetuk pintu hati aku, aku takut...?

Lepas borak dengan Fana, terus aku tekad untuk bagitau Afiq & shopping shawl hari tu gak. Tak nak lengahkan & lambatkan lagi. Takut aku berubah fikiran.

Dan bila aku bagitau Encik Tunang tentang niat aku, dia terus tersenyum & tanpa delay sesaat pon dia cakap dia setuju sangat-sangat. Alhamdulillah aku dapat tunang & bakal suami yang sentiasa sokong tentang semua benda, lagi-lagi benda yang baik & tentang aku sekerasnya kalau benda tu tak baik.



Okay, L'arome tu tak ada kena mengena tapi benda tu membantu aku nak ubah imej! Hehehe. Nak jadi kurusss! Ada kena mengena dengan imej baru gak, kan? Iklan kejap.

Rambang mata pilih shawl. Rasa nak angkut je semua tu tapi kena simpan duit untuk gandakan duit. Sabar je laaa. My only problem now is aku tak tau nak padankan tudung dengan baju. Kalau ikutkan style aku, semua nak tudung hitam je lah! Senang cerita. Tak pun putih. Ataupun warna sama tone dengan baju. Hahaha. Banyak nak kena belajar ni. 

Dan untuk pastikan aku tak toleh belakang & tukar niat, sebab aku tau aku masih lemah, dan iman ku masih goyah, aku terus ajak Afiq teman gunting rambut pendek. Walaupun dah pukul 6. Afiq duk risau tak sempat balik untuk buka. Tapi, biasalah perempuan dan lagi-lagi bintang Aries, mestilah nak menang gak. Hehe. (Sempat je pon! Risau sangat lak dia tu)

Bila dah duduk kat kerusi tu, tiba-tiba rasa nak lari keluar. Oh, rambutku T_T . Lepas tu boleh pulakkk background music lagi, "Berkorban apa sajaaaa~~". Sabar je lah.

10 July '14

Another sleepless night sebab semalaman duk belajar cara pakai tudung. Macam-macam gaya! Pening kepala nak ikut style mana. Tapi belit punya belit, tengok macam sama je outcome dia? 

Orang pertama yang tengok, of course la Afiq. Bila jumpa mak dia & adik dia, dorang agak terkejut. Mak dia respon dengan happy :D Adik dia, cakap fuyooooooooo je. 

Haiiiii!


Terus upload kat instagram & facebook. Ramai yang ucap tahniah. Ada yang terkejut & of course semua sangat supportive. Syukur atas my circle of friends yang semua baik-baik. Tak ada kawan yang condemn atau yang hasut benda jahat.

I can finally be myself. Semoga aku terus beristiqamah atas penghijrahan ini. Hijab bukanlah hanya imej baru, tapi hati aku betul-betul mahu berubah, dengan niat hanya kerana Allah. Sebelum aku kembali kepada-Nya, aku ingin menjadi hamba yang dikasihi.

7.09.2014

Lost Soul

Why am I so afraid of something I already have the answer to? Why am I still questioning when I already have the answer I want? Why am I still in doubt when it's the right thing to do?



Ya Rabb, give me strength. Show me the right way. Guide me closer to You. I leave my affairs to You, Ya Allah. I’ll do my best and leave everything else to You.



O Allah 
Enlighten what is dark in me 
Strengthen what is weak in me 
Mend what is broken in me 
Bind what is bruised in me 
Heal what is sick in me 
Straighten what is crooked in me 
And revive whatever peace and love has died in me. Amin.


I wanna be better. I want to preserve my dignity, earn more respect, and be a better muslimah. There's a lot to learn, to fully understand.

Number 8

Number 8
You are a very strong personality, there’s no one out there will understand you. You are very good at pointing your finger at some thing and say “this is what”.
You are more likely to suffer from the early ages. I mean poverty. If your times are not good you might lose either of your parent and end up looking after your entire family. You often suffer all the way in life.
The problems will not allow you to study further, but you will learn the life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may die in the war too. You are normally very reserved with handful of friends and most of the time live life lonely and always prepared to help others.
Well. once you get married (which is often late) then your bad lucks will go away a bit and you! u become safe. You will face un-expected problems such as :
the error, government, poisonous animals, accidents.
You are some one with great discipline, persistence, courage, strength which will take you to success. You are a great part of a family team. You are a fighter!

Your Best match 1 ,4, 8. Good match 5 !!!



Wtf....? Omg :X

5.14.2014

Rezeki Dalam Kesusahan

Di saat aku diuji dengan kesihatan ibu, pintu rezeki semakin terbuka luas untuk aku Alhamdulillah. Walaupun pintu itu terbuka luas, tapi bukan semudah tu untuk aku capai. Memang kekuatan diri dan kecekalan hati diuji pada tahap maksima. Rasa tak sanggup lagi nak teruskan, terasa yang kaki ini dah tak berdaya menahan dan memikul segala bebanan masalah, tapi aku bukan ditempat yang dikejar matlamat, tetapi dikejar kegelapan hati diri sendiri. 

Masalah di belakang, pintu kejayaan di hadapan, aku tak ada pilihan lain ataupun jalan lain selain daripada yang aku ada sekarang yang dah ditentukan Allah. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 

Aku di tawawarkan untuk menjadi vendor di dua butik yang sudah diketahui ramai dalam masa sehari ini. Dan lagi 2 akan dibuka Jun & Julai. 3  di Selangor dan 1 di Melaka. Aku terpaksa korbankan dua lagi sebab nak fokus dua tawaran hari ni. Jujur aku cakap aku tak mampu dari segi kewangan. Dua pon aku sah bersyukur. Jangan tamak :) 

Sedangkan orang lain ramai yang kejarkan peluang tu tapi aku ditawarkan peluang tu yang tak disangka-sangka. Mungkin ni petunjuk dan jalan yang ditentukan Illahi. Macam mana aku ditawarkan untuk jadi vendor di butik di Ipoh yang sekarang sudah beroperasi. 

Walaupun cita-cita dan jalan yang aku pilih sekarang tak disokong ibu 100%, asalkan aku mendapat restu ibu pon sudah mencukupi. Bekerja untuk orang lain bukan jalan Tasya. Maafkan Tasya, ibu. Ini jalan yang Tasya pilih. Bersusah dulu, bersenang kemudian. 

Semua ni aku belajar daripada kesilapan dia. Semoga ibu akan faham nanti bila semua dsh stabil. Semoga ibu cepat sihat dan dapat berjalan semula. 

5.02.2014

The Art Of Pain Is Beautiful

I'm tired. So tired. Life has been torturing me for some reason. Aku penat dengan dugaan yang aku lalui. Ada terasa nak putus asa tapi aku tak ada pilihan tu pon. Tak berdaya dah rasanya. Kesabaran & kekuatan aku diuji pada tahap maksima. Tapi hanya Allah yang tahu apa yang Dia buat. Aku percaya pasti akan ada penghujung yang bahagia. 

Andai aku dapat putarkan masa, aku ingin kembali pada waktu aku tingkatan satu. Agar aku dapat perbaiki segalanya. Nasihatkan ibu untuk jaga kesihatan agar hari nanti tak kena penyakit strok. Untuk kenali Afiq lebih daripada seorang kawan agar aku tak dilukai lelaki lain. Untuk aku luangkan masa dengan Abah walaupun setiap saat aku memberontak. 

Allah lebih tahu. 

Dalam kesimpitan, Allah berikan aku rezeki. Alhamdulillah Lovette akan jadi vendor di butik di Ipoh. Will update more. I need a good long deep sleep. It's 5:46am. Azam subuh pon dah berkumandang. Baru lepas siapkan order. 12 parcels ready to post! 

2.22.2014

Susah Kejap, Susah Lama

Kenapa rakyat Malaysia ni ramai suka benda yang susah hanya kerana malas untuk susah beberapa minit je?? Nak kata sebab "malas" pon tak boleh gak. Why? Okay jom kita tengok contoh yang paling simple yang kita buat harian.


Tol


Khas untuk yang kerja KL/Selangor je la kan. Hari-hari lalu jalan yang sama, tol yang sama. Hari-hari buat rutin yang sama. Beratur untuk bayar tol. Nak kata tak mampu beli Smart Tag... Touch N Go free pon boleh dapat. Siap ada rebate untuk yang lalu hari-hari. Ada yang pernah dapat sampai Rm300 sebab hari-hari lalu tol!

My Kad pon dah boleh guna untuk Touch N Go. Apa alasan untuk tak beli? Kenapa sanggup hadap jem bayar tol setiap hari? Aku kalau tertinggal Smart Tag, sanggup patah balik semata-mata malas nak beratur bayar tol.

Nak kata leceh nak topup? Beratur tak leceh pulak? Sambil isi minyak tu boleh top up touch N Go.


2.18.2014

Boyfriend or Girlfriend?

Some people puts their friends first.
And the others put their partner first.


Me?


I put people that truly care about me first. The one who's always by my side, supporting me, encouraging me. The one who truly understands me. Someone who will choose me too.


Is it my friends? Is it my partner?


My fiance is my best friend. He's both.
My circle of friend is getting smaller because I am careful who I spend my time with.
But out of the shortlisted friends, I can still list out names that really care about me.


What about you?

1.24.2014

Bencinta 2014

Aku benci 2014. Sebab ada no 4.

Tapi at the same time, aku dah mula suka dengan tahun 2014.

Alhamdulillah 2014 dimulakan dengan pintu rezeki aku & Afiq terbuka luas. Dan semoga apa yang telah dirancang untuk 2014 & 2015 berjalan dengan lancar atas izin-Nya. Semalam berjumpa dengan mentor. Hari ni berjumpa dengan insyAllah business partner to be. Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Banyak planning untuk tahun ni. Dah tak ada masa untuk rest, enjoy & to have fun. Time to get really serious! My time is running out. Semua kena buat dengan PANTAS! ^_^

1.07.2014

New Day New Resolution?

It's the same thing every year. New year = new resolution. Kenapa resolution je nak kena time new year? Kenapa new year je nak kena ada resolution? Is it a trend? Tradition?

I used to make new resolutions every year, which I never fulfill. Not once. Sebenarnya tak ingat pon apa azam last year. That's why tahun ni, I wanna make something different. Something new, something crazy.

New resolution EVERYDAY. Yes. Celik je mata, aku akan mulakan dengan azam baru yang aku perlu capai sebelum aku lelapkan mata.

Sekarang ni agak busy dengan business Lovette. Alhamdulillah target melebihi 2x apa untuk bulan lepas. Aku sendiri terkejut tengok account balance. Syukur tak terkira. Tapi semua benda ada turun naik. Bulan ke 2, bulan ni tak berapa laju macam bulan lepas. Semuanya atas kesilapan sendiri. Tapi pengajaran yang aku belajar, nilainya tak terkira.

Aku bersyukur mempunyai mentor yang sudi membimbing aku dan menyalurkan ilmunya tanpa berkira. Ilmu yang bernilai ribuan ringgit dan mungkin jutaan ringgit satu hari nanti.

Dan amat bersyukur mempunyai tunang yang sentiasa memahami dan sentiasa berada di depan, belakang, atas, bawah & di sisi untuk pastikan aku sentiasa ke depan dan takkan jatuh.

Tak sangka 2014 ni umur aku dah 23. OMG TERASA TUA siottttttttt!! Cara tulis blog pon dah lain! Bila nak taip macam kanak-kanal riang dah terasa janggal sangat. Rasa macam baru semalam je masuk form 1!!! Maknanya dah 10 tahun aku kenal Afiq hikhihkhik. Siapa sangka 10 lepas yang aku bakal berkahwin dengan DANIAL AFIQ!

Walaupun agak lewat untuk aku memulakan azam tahun baru, tapi hari ni, 7 Januari 2014, aku akan mulakan setiap hari aku dengan azam baru, insyAllah. Bermula dengan target untuk Lovette bulan ini.

Semoga semuanya berjalan lancar & dipermudahkan. Amin...