Slider

5.14.2014

Rezeki Dalam Kesusahan

Di saat aku diuji dengan kesihatan ibu, pintu rezeki semakin terbuka luas untuk aku Alhamdulillah. Walaupun pintu itu terbuka luas, tapi bukan semudah tu untuk aku capai. Memang kekuatan diri dan kecekalan hati diuji pada tahap maksima. Rasa tak sanggup lagi nak teruskan, terasa yang kaki ini dah tak berdaya menahan dan memikul segala bebanan masalah, tapi aku bukan ditempat yang dikejar matlamat, tetapi dikejar kegelapan hati diri sendiri. 

Masalah di belakang, pintu kejayaan di hadapan, aku tak ada pilihan lain ataupun jalan lain selain daripada yang aku ada sekarang yang dah ditentukan Allah. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 

Aku di tawawarkan untuk menjadi vendor di dua butik yang sudah diketahui ramai dalam masa sehari ini. Dan lagi 2 akan dibuka Jun & Julai. 3  di Selangor dan 1 di Melaka. Aku terpaksa korbankan dua lagi sebab nak fokus dua tawaran hari ni. Jujur aku cakap aku tak mampu dari segi kewangan. Dua pon aku sah bersyukur. Jangan tamak :) 

Sedangkan orang lain ramai yang kejarkan peluang tu tapi aku ditawarkan peluang tu yang tak disangka-sangka. Mungkin ni petunjuk dan jalan yang ditentukan Illahi. Macam mana aku ditawarkan untuk jadi vendor di butik di Ipoh yang sekarang sudah beroperasi. 

Walaupun cita-cita dan jalan yang aku pilih sekarang tak disokong ibu 100%, asalkan aku mendapat restu ibu pon sudah mencukupi. Bekerja untuk orang lain bukan jalan Tasya. Maafkan Tasya, ibu. Ini jalan yang Tasya pilih. Bersusah dulu, bersenang kemudian. 

Semua ni aku belajar daripada kesilapan dia. Semoga ibu akan faham nanti bila semua dsh stabil. Semoga ibu cepat sihat dan dapat berjalan semula. 

5.02.2014

The Art Of Pain Is Beautiful

I'm tired. So tired. Life has been torturing me for some reason. Aku penat dengan dugaan yang aku lalui. Ada terasa nak putus asa tapi aku tak ada pilihan tu pon. Tak berdaya dah rasanya. Kesabaran & kekuatan aku diuji pada tahap maksima. Tapi hanya Allah yang tahu apa yang Dia buat. Aku percaya pasti akan ada penghujung yang bahagia. 

Andai aku dapat putarkan masa, aku ingin kembali pada waktu aku tingkatan satu. Agar aku dapat perbaiki segalanya. Nasihatkan ibu untuk jaga kesihatan agar hari nanti tak kena penyakit strok. Untuk kenali Afiq lebih daripada seorang kawan agar aku tak dilukai lelaki lain. Untuk aku luangkan masa dengan Abah walaupun setiap saat aku memberontak. 

Allah lebih tahu. 

Dalam kesimpitan, Allah berikan aku rezeki. Alhamdulillah Lovette akan jadi vendor di butik di Ipoh. Will update more. I need a good long deep sleep. It's 5:46am. Azam subuh pon dah berkumandang. Baru lepas siapkan order. 12 parcels ready to post!