Slider

7.11.2014

Alhamdulillah

Setelah beberapa malam tak dapat tidur, bergelut dan bergaduh dengan diri sendiri tentang perasaan takut yang hadir, sedangkan aku patut lebih takut kepada Pencipta. Syukur, akhirnya aku diberi hidayah yang diminta setiap hari dalam doa.

Aku tekad,

Untuk berhijab.


9 July '14

Orang pertama yang tau tentang hasrat aku adalah my twin, Farhana. Sebenarnya masa teman dia shopping hari tu aku dah mula tanya sikit-sikit. Dah mula cakap yang aku nak berhijab tapi aku takut tak bersedia. Tak sampai sebulan kot rasanya. Banyak pesanan & tips yang dia bagi. Menghilangkan saki-baki kecelaruan yang ada.

Apa yang buat aku betul-betul tersentuh dengan apa yang dia cakap, adalah part dia cakap aku sangat bertuah kerana diberi hidayah. Tak semua orang dapat hidayah. Betul tu. Bila diingatkan balik, bertahun aku dah pasang niat untuk berhijab. Dan hari-hari aku doa untuk diberikan hidayah. Tapi kenapa bila hidayah Allah datang mengetuk pintu hati aku, aku takut...?

Lepas borak dengan Fana, terus aku tekad untuk bagitau Afiq & shopping shawl hari tu gak. Tak nak lengahkan & lambatkan lagi. Takut aku berubah fikiran.

Dan bila aku bagitau Encik Tunang tentang niat aku, dia terus tersenyum & tanpa delay sesaat pon dia cakap dia setuju sangat-sangat. Alhamdulillah aku dapat tunang & bakal suami yang sentiasa sokong tentang semua benda, lagi-lagi benda yang baik & tentang aku sekerasnya kalau benda tu tak baik.



Okay, L'arome tu tak ada kena mengena tapi benda tu membantu aku nak ubah imej! Hehehe. Nak jadi kurusss! Ada kena mengena dengan imej baru gak, kan? Iklan kejap.

Rambang mata pilih shawl. Rasa nak angkut je semua tu tapi kena simpan duit untuk gandakan duit. Sabar je laaa. My only problem now is aku tak tau nak padankan tudung dengan baju. Kalau ikutkan style aku, semua nak tudung hitam je lah! Senang cerita. Tak pun putih. Ataupun warna sama tone dengan baju. Hahaha. Banyak nak kena belajar ni. 

Dan untuk pastikan aku tak toleh belakang & tukar niat, sebab aku tau aku masih lemah, dan iman ku masih goyah, aku terus ajak Afiq teman gunting rambut pendek. Walaupun dah pukul 6. Afiq duk risau tak sempat balik untuk buka. Tapi, biasalah perempuan dan lagi-lagi bintang Aries, mestilah nak menang gak. Hehe. (Sempat je pon! Risau sangat lak dia tu)

Bila dah duduk kat kerusi tu, tiba-tiba rasa nak lari keluar. Oh, rambutku T_T . Lepas tu boleh pulakkk background music lagi, "Berkorban apa sajaaaa~~". Sabar je lah.

10 July '14

Another sleepless night sebab semalaman duk belajar cara pakai tudung. Macam-macam gaya! Pening kepala nak ikut style mana. Tapi belit punya belit, tengok macam sama je outcome dia? 

Orang pertama yang tengok, of course la Afiq. Bila jumpa mak dia & adik dia, dorang agak terkejut. Mak dia respon dengan happy :D Adik dia, cakap fuyooooooooo je. 

Haiiiii!


Terus upload kat instagram & facebook. Ramai yang ucap tahniah. Ada yang terkejut & of course semua sangat supportive. Syukur atas my circle of friends yang semua baik-baik. Tak ada kawan yang condemn atau yang hasut benda jahat.

I can finally be myself. Semoga aku terus beristiqamah atas penghijrahan ini. Hijab bukanlah hanya imej baru, tapi hati aku betul-betul mahu berubah, dengan niat hanya kerana Allah. Sebelum aku kembali kepada-Nya, aku ingin menjadi hamba yang dikasihi.

7.09.2014

Lost Soul

Why am I so afraid of something I already have the answer to? Why am I still questioning when I already have the answer I want? Why am I still in doubt when it's the right thing to do?



Ya Rabb, give me strength. Show me the right way. Guide me closer to You. I leave my affairs to You, Ya Allah. I’ll do my best and leave everything else to You.



O Allah 
Enlighten what is dark in me 
Strengthen what is weak in me 
Mend what is broken in me 
Bind what is bruised in me 
Heal what is sick in me 
Straighten what is crooked in me 
And revive whatever peace and love has died in me. Amin.


I wanna be better. I want to preserve my dignity, earn more respect, and be a better muslimah. There's a lot to learn, to fully understand.

Number 8

Number 8
You are a very strong personality, there’s no one out there will understand you. You are very good at pointing your finger at some thing and say “this is what”.
You are more likely to suffer from the early ages. I mean poverty. If your times are not good you might lose either of your parent and end up looking after your entire family. You often suffer all the way in life.
The problems will not allow you to study further, but you will learn the life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may die in the war too. You are normally very reserved with handful of friends and most of the time live life lonely and always prepared to help others.
Well. once you get married (which is often late) then your bad lucks will go away a bit and you! u become safe. You will face un-expected problems such as :
the error, government, poisonous animals, accidents.
You are some one with great discipline, persistence, courage, strength which will take you to success. You are a great part of a family team. You are a fighter!

Your Best match 1 ,4, 8. Good match 5 !!!



Wtf....? Omg :X