Slider

9.02.2014

Bury Me With Books

I have a confession to make..

I'm a book addict. 

Dan sejujurnya, kenapa aku ingin mengejar kebebasan masa & duit sebelum 30, adalah supaya aku dapat luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk membaca. Terlalu banyak buku dalam dunia ni, tapi waktu terlalu singkat.

Okay la yang tu tak berapa nak jujur. Ada sebab lain selain buku. Game. Tapi takkan la dah 30 masih nak main game kot? Mungkin? Apa yang pasti, nafsu untuk buku adalah selamanya.

Lama aku tak meluahkan rasa dalam bahasa ibunda. Bertahun juga aku tinggalkan tabiat aku yang wajib menulis setiap hari, setiap jam. Cikgu sibuk membebel kat depan, melukis periodic table, aku sibuk melukis rasa dalam perkataan.

Empat kelas je yang mampu buat aku fokus. Bahasa melayu, bahasa inggeris, ICT (komputer wehhh mestilah fokus) dan matematik. Sebab tu sampai sekarang aku keliru aku ni otak mana? Bahasa vs matematik? Masa form 4 pon, cikgu campak aku ke kelas akaun tapi aku minta tukar. Bila aku harus membuat pilihan untuk sambung belajar, aku pilih Video & animation. Kerana cita-cita konon nak jadi penulis skrip. Tak dapat jadi penulis skrip, direktor pon okay! Haha. Senang cerita, sebab aku nak cerita-cerita yang bermain dalam fikiran aku ni, ditulis & dirakam. Tapi dalam hati, rasa menyesal tak ambil business studies.

Pom pam pom pam, last last business jalan hidup aku & gaya hidupku.

Aku mula jatuh cinta dengan perkataan sejak di sekolah rendah. Darjah 4 dah mula menulis diari yang entah apa-apa. Sebab tangan ni tak boleh kalau tak pegang pensil. Darjah 6, dah mula berjinak dengan komputer & puisi. Kat sekolah dulu pon, semua cikgu paksa aku bercerita. Masuk story telling la, choral speaking la.. dan pernah jadi konduktor untuk choral speaking. Aku sendiri macam tak percaya!

Sekolah menengah pula, cikgu paksa masuk pertandingan sajak. Sebab hasil tulisan aku la kot? Tapi sayangnya aku tak pandai bercakap. Kahkahkah. Tulis bolehlah, cikgu. 

Homework yang semua orang benci, jadi homework kegemaran aku dan mesti siap terus kat sekolah. Tak sempat tunggu balik sekolah! Homework apa? Karangan. Semua jenis karangan. Tak kisah karangan apa-apa pun. 

Tapi, sekarang hampir 5 tahun aku berhenti menulis. Kenapa? Macam mana? Aku sendiri tak pasti.
Mungkin sebab depression?

Antara dua simtom kemurungan adalah hilang minat pada benda yang kita suka, dan kesukaran membaca. Buku yang aku susah nak habiskan baca dulu pernah ambil masa sehari je untuk aku habiskan. Makin lama, aku makin jauh.. jauh dengan buku, jauh dengan microsoft words, jauh dengan blog, jauh dengan pen & diari.
 
Kalau dulu, satu hari pasti ada sekurang-kurangnya satu puisi. Sekarang? Setahun pon belum tentu ada satu puisi. 

Diari pon aku tak mampu nak tulis. Apa yang aku mampu waktu itu hanyalah baring dan merenung kipas. Memandang kipas seolah-olah ia boleh bertukar menjadi time machine dan bawa aku kembali ke masa-masa tertentu. Dan main game 24/7 sehingga lupa apa itu "real life". Sampai lupa bahang matahari sebab waktu kehidupan aku sudah terbalik.

Dan bersama dengan orang yang suppress me instead of bringing out the best in me. Membuatkan aku hilang keyakinan dengan diri sendiri, dan semakin jauh dari diri sendiri. Aku hampir tak kenal dengan diri aku sendiri. Hari-hari aku rindukan diri aku yang sebenar.

Tapi sekarang, perlahan-lahan semua datang. Semakin hari, aku semakin mengenali diri. Semakin hari, aku jadi semakin tak keruan jika aku tak dapat menaip ataupun menulis. Dan semakin bertambah koleksi buku. Kalau dulu, aku geli nak beli buku melayu kecuali hasil tulisan orang-orang lama. Sekarang, aku masih geli. Cuma aku dah jumpa ramai penulis-penulis yang lain daripada penulis typical yang berjaya curi hati aku balik untuk baca novel-novel melayu. 

Ha macam-macam jenis buku ada. Marketing, puisi & novel.
Ini buku yang kat atas meja je.


Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya 1 jam sehari walau dalam kesibukan aku dengan Lovette yang semakin berkembang. Syukur.. Dan aku akan curi masa sebanyak mungkin untuk membaca. Tak kiralah novel, cerpen, puisi ataupun ilmu marketing.


Aku kembali "ghairah" untuk menulis. Semoga blog ni hidup balik walaupun semua entry lama dah private.