Slider

5.08.2015

Kun Fayakun

Jangan senang menghukum orang, perjalanan hidup kita pon tak tau lagi macam mana. Kalau Allah sebut Kun Fayakun, maka jadilah ia ke atas kita. Hanya iman dan taqwa dapat membantu.


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117

___________________________________


Terlalu banyak tomahan dan hinaan di ruang komen facebook zaman sekarang ni. Seolah-olah mereka berhak menjatuhkan hukuman. Dilaungkan agar hukum hudud dilaksanakan. Benar hukum hudud itu adalah yang terbaik. Walau macam mana pun, mereka masih tak ada hak untuk jatuhkan sesuka hati. Mungkin kau lagi banyak hukuman bakal diterima berbanding orang yang kau hina?

Kadang-kadang benda jadi di luar jangkaan kita. Tidak ada sedikit niat pun. Semuanya telah ditulis Allah swt. Siapa kita untuk menghukum? Bila ditegur dengan bahasa yang indah, bahasa kasar pula dibalasnya. Kemana pergi budi bahasa kita? Di mana letaknya iman seseorang tu dalam pertuturannya? Aku tak mahu persoalkan bangsanya, tapi agamanya.

Pernah terfikir kalau benda tu berlaku ke atas kita? Sebab ianya terjadi tanpa niat. Mungkin kau sedang berjalan sambil main facebook di sisi jalan, terlanggar bahu orang lain dan dia terjatuh dan mati dilanggar kereta. Dalam keadaan panik, takut, trauma.. Sudah tentu kau menafikan segalanya. Cukup dengan perasaan bersalah & kesal jadi hukuman sampai hembusan nyawa terakhir walaupun undang-undang jatuhkan bahawa kau tak bersalah. Setuju tak kalau penyesalan itu hukuman paling berat ke atas diri kita sendiri? 

Kadang-kadang mereka di penjara, hati lebih suci daripada yang di luar. Dan di akhirat, mereka dipandang lebih mulia daripada kamu semua. Tambahan lagi dengan pahala yang kau hadiahkan kepada dia dengan hinaan, tomahan dan umpatan. Kerana mereka manusia istimewa yang terpilih kerana diberi peluang oleh Allah untuk sedar dan bertaubat. Kalau mereka berubah, meraka adalah manusia yang sangat beruntung. Kau macam mana?


___________________________________


Manusia menghukum tanpa mengira. Kau hukum aku sebab aku tak berdaya. Tak mampu untuk menanggung segala beban di bahu. Apa yang kau bantu selain mengata & menghina? Lupakah aku masih digelar anak yatim sebelum sah lafaz nikah dengan namaku? Semua masalah sudah aku beritahu, tetapi bukanlah simpati yang aku mahu. Cukuplah sekadar fahami situasi aku dan berhenti pandang aku dengan tatapan sinis kau itu.

___________________________________


Dunia sudah di hujung nyawa, hati manusia semakin hitam.
Ramai yang berpandukan logik akal daripada berpandukan Al-Quran & Hadith.



5.06.2015

Simfoni Hati

Gelak tawa yang mereka lihat,
Perut bulat, terlantar malas,
Kesenangan harta warisan, kata mereka,
Lautan api ini, siapa yang lintas?