Slider

8.19.2015

Don't call it a DREAM. Call it a PLAN.

Mempunyai jalan untuk keluar dari ruang yang tidak ada apa-apa tetapi mengorbankan jalan tersebut demi mendapatkan keselesaan untuk sementara. 

Alasan yang diberi, "sudah takdir hidup aku".

Kalau semuanya kita berserah pada takdir, kenapa perlu belajar tinggi-tinggi? Kenapa perlu bekerja? Kenapa perlu bekerja keras untuk naik pangkat dengan harapan gaji pun naik? 

Demi sesuap nasi juga kerana makanan tidak akan jatuh daripada langit dengan harapan, "hari ini aku ditakdirkan untuk makan."

Bukankah itu semua usaha juga? 
Satu matlamat, tetapi pilihan yang berbeza..




Sudah tentu aku percaya pada takdir. Takdir jika esok aku sakit. Jika esok aku pergi. Ataupun takdir jumpa orang tertentu esok. Tetapi aku percaya pada usaha & doa. Kenapa perlu ada doa jika segalanya kita berserah pada takdir? Allah akan kabulkan doa kita insyaAllah. Lebih-lebih lagi jika diiringi usaha. 



Jalan yang mana yang korang akan pilih? Senang dahulu sebelum susah ataupun susah dahulu sebelum senang?

Terlalu malas untuk pecahkan tembok itu dan sanggup redahi jalan yang berliku kerana ianya lebih senang dengan pintu yang terbuka?

Walaupun banyak persaingan, memakan masa yang lebih lama, asalkan "terus berjalan" tanpa perlu berhenti adalah pilihan yang terbaik?

Aku pilih susah dahulu, senang kemudian.



Jika matawang jatuh, jangan merungut. Sebaliknya, ambil kesempatan atas kejatuhan nilai wang kita. Dengan merungut takkan dapat membantu apa-apa. Merungut tanpa doa pula tu, apatah lagi usaha.

Memang, bercakap lebih senang daripada buat. Tetapi bukankah di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Kalau tak ada jalan sekalipun, kita buat jalan sendiri!

Kemudahan yang kita ada hari ni adalah hasil daripada orang yang berfikir jauh ke hadapan & sanggup panjat tangga kejayaan daripada terus selesa di dalam kepompong hidup yang sama. Sanggup berusaha keras untuk pecahkan tembok itu... Dan yang paling hebat adalah orang yang buat jalan sendiri.

Kalau semua orang berfikiran sama, takkan ada internet, komputer, lampu, kapal terbang. Kalau aku hidup zaman dulu pun aku akan cakap orang yang cipta semua benda ni gila! Mana besi boleh terbang? Macam mana nak hasilkan lampu? Macam mana nak berhubung dengan orang jauh? 


Cita-cita aku tinggi. Impian aku banyak. Tapi semua bukan hanya untuk mimpi dan angan-angan. Semua aku tukarkan menjadi PERANCANGAN.